MY LITTLE SWEET BLOG
Thursday, 23 June 2016
Saturday, 18 June 2016
My ff about Jeon Jungkook
Beg galas diperbetulkan sedikit kedudukannya agar tidak tergelincir dari bahagian bahu. Jalannya penuh bergaya dengan tangan kanan berada di dalam kocek seluar panjang berwarna hitam, baju putih diletakkan diluar seluar dengan rambut bahagian depan ditinggikan sedikit bersama headphone menekup cuping telinga.
"Oppa, oppa dah sarapan? Saya ada bawa sedikit makanan ni."
"Oppa, nak saya bawakan beg tu? Kesian bahu, lenguh."
"Arghhh oppa!!!"
Jeritan suara gadis-gadis yang agak merimaskan diri Jungkook tidak dipedulikan. Dia hanya jalan berlalu pergi. Penat dan susah kalau diri ni asyik digilai orang. Nak berjalan kemana-mana, ada saja suara ala-ala pontianak muncul. Laju saja langkah masuk ke kelas. Seperti biasa, ada saja kotak-kotak, bunga-bunga, barang-barang yang diberi oleh 'peminat' sehingga memenuhi ruang mejanya. Senang saja. Barang-barang itu diangkat lalu di letakkan ke dalam setiap loker pelajar kelas itu. Habis cerita. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi sambil tangan sibuk menyangkut beg galas miliknya itu di sisi meja. Headphone yang menekup telinga ditarik lalu meletakkannya dileher.
"Oppa, nak roti berkrim ni tak? Saya bawa lebih..."
"No need."
Meskipun dia tidak suka menerima pemberian daripada fans dia, dia tetap melayan dan menolak pemberian tersebut dengan cara yang baik.
"Yaahhh, Jeon Jungkook. Baru sampai. Hari-hari datang lambat." Jr datang menyapa dari belakang. Beberapa keping sampul surat berlainan warna diletakkan di atas meja Jungkook.
"Fans kau ni, kalau tak jumpa kau, aku yang jadi mangsa. Aku pula yang jadi posmen. Haishhh! Surat dekat aku tak ada pula!" Jr sambung kata-katanya lagi.
"Kau nak sangat surat kan? Ambillah surat-surat ni. Aku tak perlukan semua ni. Ambil arrrhhh! Cuma bila kau baca surat ni, kau kena tukar nama aku jadi nama kau sendiri. Okay? Ambil ahhhh!"
"Hey kau ni! Lebam sebelah juga mata tu! Dah la aku nak sambung ulangkaji lagi bagus! Bye!"
"Tak payah nak 'bye' sangatlah! Tempat kau sebelah aku je pun!"
-----
Suga menuruni anak tangga satu persatu menuju ke dapur kerana deria baunya dapat menghidu satu aroma yang cukup membuatkannya terasa lapar. Terkebil-kebil matanya melihat pelbagai jenis makanan terhidang di atas meja.
"Kamu masak semua ni?" Tanya Suga sebelum mulutnya ternganga luas akibat menguap.
"Haah. Tapi ada juga yang member lain tolong. Dah! Hyung pergi basuh muka lepastu datang balik sini, makan!" Arah Jimin.
"Baiklah."
-----
"Okay. Kita hentikan pembelajaran kita untuk hari ini. Tolong siapkan semua tugasan yang saya beri. Kamu semua boleh keluar. Enjoy your lunch."
"Ne."
Seperti biasa, sewaktu makan tengah hari, selalunya Jungkook tidak akan pergi ke kantin malah dia akan bergerak menuju ke belakang kawasan bangunan sekolah dan berada di bawah sepohon pokok yang agak besar dan redup yang berada di sisi padang. Di situ, dia selalu memerhatikan keadaan di kota. Maklumlah, sekolahnya berada ditengah kota. Jadi, alat tulis serta buku nota berwarna hitam sentiasa dibawa bersamanya. Dengan bahagian kulit depannya dihiasi dengan kata-kata 'Life is hard. It'll being more harder if you think about it too much' dan bahagian belakang dipenuhi dengan namanya sendiri serta terdapat sedikit ruangan kosong dibawah namanya. Untuk apa semua itu? Buku ini sudah mendapat pengiktirafan oleh dirinya sendiri sebagai 'diary' di mana dia akan luahkan segala perasaan yang terpendam di hati. Selama ini hanya manusia bergelar perempuan saja berminat dalam bab sebegini tapi setelah dia kehilangan orang yang tersayang, dia berazam untuk memulakan hidup baru.
Punggung didaratkan di atas rumput-runput hijau dengan bahagian belakang badan bersandar pada batang pokok. Matanya meliar memandang kawasan kota yang sedang sibuk dengan aktiviti-aktiviti manusia demi memenuhi rutin harian. Hari ini, mood untuk menulis tiada tapi dia ingin membaca kembali apa yang ditulis dalam diarynya itu. Helaian demi helaian tangan menyelak, tiada apa yang hendak dibaca yang sesuai dengan moodnya sekarang. Tatkala tangannya tiba di halaman yang ke-97, dia terhenti daripada terus menyelak. Membeku dirinya seketika sebelum air mata setitis demi setitis menitis ke atas buku tersebut.
SELASA
1 SEPTEMBER 2015
Bae Joohyun. Irene. Orang yang sama. Perbezaan hanya dari segi nama sebenar dan gelaran. Cinta? Haishhh, aku tak pernah ambil tahu pasal cinta sebab banyak khabar mengatakan cinta ini mengarut dan merosakkan masa depan tapi gadis ini dah telah membuktikan bahawa semua khabar-khabar itu hanya palsu semata-mata. For the first time, I in love. Love is wonderful. Totally great and amazing. Seronok sebab ada orang jaga, ambil berat, selalu ada jika memerlukannya. Ini semua aku dah rasakan saat aku bersama gadis bernama Irene. Cukup indah. Kalaulah aku tahu cinta ini boleh bahagiakan diri, dah lama aku bercinta dengan dia. Haishhh, aku dah sia-siakan hidup aku hampir 3 tahun 8 bulan. Dia suka aku waktu grade 1. Aku terima cinta dia tu waktu grade 4. Haishhh. Tu pun nak dekat akhir tahun. Tak sangka aku! Paling best, hubungan aku dengan dia terjalin pada tarikh lahir aku. So, tak ada alasan dia akan lupakan anniversary kami! Aucchhh! This is the great news. Aku patut bagi tahu Bangtan hyung.
Air mata tidak berhenti menitis membasahi pipi. Helaian tersebut turut dipenuhi tompokan-tompokan akibat air mata yang menitis.
Helaian seterusnya diselak.
KHAMIS
1 SEPTEMBER 2016
Aku seharusnya mempercayai prinsip dan khabar-khabar terdahulu tentang cinta. Cinta sebenarnya tidak seindah yang aku katakan selama ini malah ia teramat bertentangan dengan kata-kata aku. Indah? Bahagia? Hahaha aku hanya mampu gelak. Kalau indah, kenapa dia harus tipu aku? Kalau bahagia, mengapa dia harus ada hubungan sulit dengan lelaki lain? Hubungan sulit yang dijalinkan bukan dengan orang luar tapi dengan hyung aku sendiri? Kenapa dia tak pernah cakap yang dia sudahpun menjadi milik Suga hyung selama 2 tahun termasuk tahun sekarang. Cinta kau dan aku dah pecah belahkan keluarga aku. Cukuplah hanya sekali hati aku disakiti. Hati ni, rasanya tak perlu dibuka lagi malah biarkan ianya terkunci walaupun buat selama-lamanya. Tarikh ini menjadi sejarah hitam dalam kisah hidup aku sepanjang hayat. Tarikh ini dimana aku memperkenalkan dia secara rasmi sebagai kekasih hidup dihadapan Bangtan hyung. Tarikh ini Suga hyung mengamuk dan membongkarkan segala-galanya. Tarikh ini aku terpaksa buat pilihan dimana jika aku sayangkan Bangtan hyung, aku harus lepaskan mereka mengikut Suga meninggalkan aku. Cukup berat. Terpaksa aku lakukan semua ini sebab aku sayang mereka. Peluang kedua? Tiada istilah itu untuk cinta dalam kamus hidup aku! Cinta itu hanya menyakitkan.
Buku itu ditutup dengan sedikit kasar. Air matanya tidak dapat dihentikan. Lelaki bernama Jungkook itu, nampak saja smart, handsome, macho, seakan-akan hidupnya bahagia sedangkan hidupnya penuh kesengsaraan. Sudah bertahun-tahun dia tidak berjumpa dengan Bangtan hyungnya. Berhubung pun tidak. Tak tahu di mana dia hendak cari mereka kerana semua tempat dia telah jelajah tetapi tiada. Dia bangun lalu bahagian belakang seluar disapu sedikit untuk hilangkan daun-daun kering daripada terus melekat di seluarnya. Dia memaling ke belakang lalu terpandang akan sesuatu. Ukiran pada batang pokok itu. 'Jungkook, Irene, forever'. Sakitnya hati. Pokok ini dipilih untuk dia menikmati pandangan akan keadaan bandar kota kerana pokok inilah yang menjadi saksi bagi hubungan cinta mereka. Biarpun bertahun-tahun sudah putus, nota-nota cinta yang diikat pada dahan-dahan pokok masih ada walaupun tulisannya sudah luntur. Di suatu dahan, disitu adanya sepasang cincin dan seutas rantai untuk dihadiahkan kepada Irene pada 1 September 2016 iaitu tarikh ulangtahun mereka tetapi niatnya itu semua batal saat dia mengetahui cerita sebenar.
"Dalam apa-apa cerita pun, pasti jalan cerita ada terselit bahawa jika seseorang itu bercinta buat kali pertama, saat dia terluka dan ditinggalkan, pasti minda dan hatinya masih terngiang-ngiang akan cinta pertamanya. Itu yang jadi dekat aku, Irene." Jungkook berkata perlahan sambil jari jemarinya menyentuh ukiran pada batang pokok itu.
-----
Pulang saja dari sekolah, Jungkook akan singgah sebentar di sebuah restoran kegemarannya untuk mengisi perutnya yang kosong. Belum sempat Jungkook menarik kerusi untuk duduk, seorang wanita berumur tiga puluh tahun yang merupakan pemilik restoran itu, Sojin, datang dengan senyuman manis dimuka dan berkata,
"Macam biasa. Set dinner meals."
Terkejut Jungkook dibuatnya. Sebaik saja dia duduk, dia membalas kata-kata perempuan itu.
"Haishh, orang restoran ni pun dah kenal saya. Siap tahu lagi saya nak makan apa!"
"Hahahaha. Of course la! Jungkook selalu datang sini. Makan benda yang sama. So, orang semua boleh set dalam minda dah!"
Jungkook tersengih. "Noona, hari ni, saya nak minum air kosong dengan jus oren. Boleh?"
"Anything for you. Noona pergi ambil kejap erk?"
"Okay."
Pemilik restoran itu berlalu pergi. Telefon pintar dikeluarkan dari kocek seluar. File yang tertulis private ditekan tanpa ragu-ragu. Penuh file itu dengan gambar-gambar Irene. Satu persatu dia melihat. Susah untuk dia lupakan gadis itu walaupun hatinya sudah ditores.
"Jungkook masih sayangkan dia?" Suara seorang perempuan yang tetiba saja kedengaran memeranjatkan Jungkook.
"Noona? Cepatnya!"
"Hihihi! Noona dah masak siap dah! Noona tahu kamu akan datang! Tengok! Noona letakkan makanan ni dalam tupeware kedap udara ni supaya makanan masih panas seperti baru lepas masak."
"Hahahaha. Thanks a lot." Telefon pintar tadi ditolak tepi lalu tangannya pantas mencapai sudu dan penyepit. Tak sabar nak makan ni!
"Jungkook tak jawab lagi soalan tadi. Are you still love her?" Biarlah dia dikenakan cap busybody tapi dia berhak tahu kerana Sojin yang menjaga dan mengurus semua hal Jungkook selepas Bangtan hyung meninggalkan dia.
Masa seakan terhenti. Dia membeku dan terkelu. Tak tahu apa jawapan yang patut diberikan kepada perempuan itu.
"Entahlah noona. Jungkook sendiri tak tahu dan tak faham dengan perasaan ni. Sekejap rindu, sekejap benci. Tapi Jungkook lebih memilih jawapan yang Jungkook masih sayangkan dia. I admit it! I still love her! I just can't forget about her! She's my first love." Selera makan terus hilang. Mulutnya terus mengucapkan jawapan yang jujur dari hatinya sendiri. Berada dihadapan perempuan itu, dia tidak dapat menipu kerana jika dia menipu, Sojin noona itu tetap akan tahu akan kebenarannya.
"Jungkook tak nak cuba cari dia?"
"For what? Untuk sakitkan lagi hati ni?"
"Tak la! Mana tahu untuk kali kedua, Jungkook dengan Irene tu boleh bahagia."
"Hati Jungkook buat masa sekarang memang tak dibuka untuk mana-mana perempuan sebab Irene still ada di dalam tapi tak bermakna Jungkook akan beri dia peluang kedua."
-----
"Suga hyung mana?" Tanya V sebaik saja pulang dari kerja.
"Kerja la! Nak pergi mana lagi." Balas Jimin yang sedang merehatkan badan diatas sofa sambil menonton televisyen.
"Hyung, cuba la bincang dengan Jin hyung, Namjoon hyung, Hobie hyung. Untuk cari Jungkook."
Yang tadi dalam keadaan berbaring kini Jimin duduk tegak menatap wajah V.
"Ya, pabo! Kalau kita cari Jungkook, maknanya kita cari maut!"
"Apasal pulak cari maut? Kita cari Jungkook la"
"Eh eh dia ni! Kau tak ingatkan pesan Suga hyung? Kalau kita cari Jungkook, dia akan bunuh diri!"
"Haishhh, biarlah dia nak buat apapun. Nak Kookie!" Rengek V seakan budak-budak kecil.
Kepala V diketuk sedikit kuat dengan alat kawalan jauh televisyen. "Cakap tu berlapik sikit. Dia tu hyung kita. Tanpa dia, tak ada istilah Bangtan Boys."
"Sama jugalah. Apa guna kita digelar Bangtan Boys sedangkan tak ada Jungkook? Jungkook tu member group ni!"
"Haishhh, biarlah! Doa ja la banyak-banyak supaya kita semua jumpa Jungkook. Faham?"
"Faham."
-----
Tuala putih yang digunakan sebentar tadi untuk kering tubuh badan yang basah setelah mandi disidai di penyidai di rooftop rumah Jungkook. Kerusi kayu yang dibina sendiri oleh Jungkook menjadi tempat santapan Jungkook pada waktu malam bagi menikmati keindahan bintang-bintang yang menyinarkan lagi langit yang gelap. Dari atas rooftop itu juga dia dapat melihat seluruh bangunan di bandar Seoul. Dia membaringkan tubuhnya seketika sambil memandang ke langit.
'Suga hyung, mianhae. I'm really sorry. Tak pernah ada niat nak rampas dia daripada hyung. Mianhae.'
-----
Keesokan pagi, Jungkook tiba di sekolah bersama Jr. Mereka berdua terus menuju ke kantin untuk bersarapan sementara masih ada masa sebelum pembelajaran bermula.
"Wei, aku dengar nanti ada reunion pelajar dahulu sekolah ni. Satgi." Jelas Jr sebelum sesudu nasi disumbat ke dalam mulut.
"So? Apa motif cakap dekat aku?"
"Hahahaha! Kau ni! Sah la kejap lagi tak belajar and masa ni la kita nak gunakan kekacakan kita untuk goda ex senior kita tu!"
Jungkook memandang Jr dengan pandangan pelik.
"Kau bab menggatal nombor satu erk?"
"Mana ada la! Aku dah memang berazam yang aku nak bercinta dengan orang yang lebih tua daripada aku. Ramai orang cakap kalau bercinta dengan perempuan yang lebih tua ni, bahagia hidup kita!"
"Bahagia la sangat! Kalau bercinta, bahagia tu datang bukan sebab umur korang tapi cara korang saling mempercayai antara satu sama lain, cara korang jaga hubungan tu. Tu baru betul! Cuba kau bayangkan, kalau ada perempuan yang dah couple dengan kau, tapi ada hubungan lain dengan lelaki lain, takkan kau nak sokong pula? Mesti kau marah an?" Berjela Jungkook berceramah.
"Kau ni! Cakap macam orang dah berpengalaman. Tapi kau cakap kau tak pernah bercinta. Ke kau pernah bercinta tapi tak cerita dekat aku? Hah, baik ngaku cepat!"
"Kau ni bising la! Kat kantin ni dengar suara kau je! Tak ada maknanya aku pernah bercinta. Dah makan cepat!"
"Haish"
------
Jam dinding menunjukkan tepat pada pukul 8 pagi. Guru yang sepatutnya masuk untuk mengajar tidak lagi kelihatan di hadapan kelas.
"Hai Jungkook. Asal diam je?" Suara yang tetiba berbisik di telinga Jungkook menyedarkan lelaki itu daripada lamunannya. Datang dah perempuan gedik ni!
"Oh, Tiffany. Ingatkan siapa tadi! Kenapa aku senyap? Selama ni bukan aku senyap ja ka?"
"Memang la selama ni awak senyap tapi itu waktu belajar. Sekarang, waktu kita happy. Cikgu tak masuk sebab uruskan majlis reunion tu. So, how about us? Date?"
Tanpa perasaan malu walaupun sedikit, dia duduk di atas riba Jungkook sambil bertentangan mata dengan kedua-dua belah tangan berpaut pada leher lelaki itu.
Jungkook mula menunjukkan muka rimas. Pandangannya dilemparkan ke arah jendela. Tengok pokok kering lagi cantik daripada tengok perempuan ni!
"Kejap lagi kita date boleh? I dah ada satu tempat untuk kita berdua-duaan. Can we?"
Butang baju Jungkook dari atas dibuka satu demi satu tapi belum sampai pada bahagian dada, tangan Tiffany ditepis kasar sehingga dia terjatuh ke lantai.
"Ini sekolah bukan nightclub yang boleh kau layan aku macam kau layan jantan-jantan dekat luar sana!"
Jungkook berlalu pergi meninggalkan Tiffany yang masih terduduk di atas lantai.
Belum sempat dia melangkah keluar dari kelas, dia tahan oleh seorang guru. Okay, cikgu Pendidikan Jasmani iaitu Choi Jaeseok a.k.a guru kelas. Dia juga merupakan seorang guru disiplin. Tak seram pun kalau bertembung dengan cikgu ni cuma kalau dah berjumpa ada saja tak kena.
"Hello little handsome cute boy. Where are you going?" Keluar dah ayat speaking dia tu!
"Nak pergi tandas sekejap."
"Oh, okay okay. You may go. Opssss! You can't! Sekejap lagi ada majlis reunion. So, sesiapapun tidak dibenarkan untuk keluar daripada kelas and tu tu-"
Cikgu itu menghalakan kayu kecik yang selalu dijadikan sebagai kayu ketuk kepala murid, ke arah Tiffany yang masih terduduk di atas lantai.
"Pergi angkat dia, hantar ke bilik rawatan. Kesian sangat tu. Siapa suruh kamu tolak dia? Ish ish ish, terima ja la cinta tu."
'Cikgu ni , semua perkara dia tahu. Apa yang dia tak tahu? Haishhh!' Desis hati Jungkook.
"Mengelamun la pula! Pergi cepat."
"Okay."
-----
Setelah menghantar Tiffany ke bilik rawatan, langkahnya diteruskan menuju ke dewan utama kerana semua diarahkan ke sana untuk menjamu selera dan beramah mesra bersama murid-murid reunion. Baru beberapa minit Jungkook berada di dalam dewan itu tetapi dia memutuskan untuk keluar dari situ. Dia tidak suka akan dirinya dikelilingi dengan orang yang terlampau ramai. As usual, dia akan pergi ke pokok yang menjadi tempat dia menenangkan jiwanya. Tapi hari ini, buat kali pertama dia ternampak seorang gadis duduk di bawah pohon itu. Jungkook menjadi sedikit resah dan perasaan marah secara mendadak datang menghantui dirinya kerana dia tak mahu segala barang-barang yang berada di pokok itu hilang. Pantas dia bergerak untuk bersapa dengan orang yang duduk di situ.
"Cik, I'm sorry tapi cik tak boleh duduk di sini."
Tegur Jungkook dengan nada yang sopan. Sebelum gadis itu bangun, Jungkook ternampak jari jemari gadis itu seolah-olah kalut mengelap kedua-dua pipinya. Menangis ka?
"Saya min... ta..."
Kata-kata yang ingin diucap oleh gadis itu tersangkut sebaik saja berhadapan dengan Jungkook. Mata Jungkook dan si gadis sama-sama membulat.
"Jungkook?"
'Irene?' Hatinya berkata-kata.
Masa seakan-akan terhenti. Mereka terpaku dan sama-sama berpandangan. Tidak berkelip mata mereka.
"Kau buat apa dekat sini?"
Jungkook bertanya terlebih dahulu.
"Saya kan murid reunion sekolah ni."
Irene membalas dengan nada sedikit terketar.
"Kau buat apa dekat pokok ni?" Jungkook bertanya lagi.
"Tak buat apa-apa. Just datang nak ambil angin. Awak okay? Sihat? Bangtan hyung sihat?"
"Berani kau sebut Bangtan hyung depan aku. Kau dah ubah hidup aku, kau dah hancurkan keluarga aku, kau tanya aku okay? Otak kau dah putus satu wayar ke macam mana?"
"Maafkan saya."
Jungkook mengeluh.
"Bukan dengan aku yang kau patut minta maaf tapi dengan Suga hyung."
Satu ayat disampaikan sebelum melangkah pergi tapi tak semudah itu untuk kau tinggalkan dia. Irene pantas menarik lengan Jungkook untuk hentikan langkah lelaki itu.
"Saya tahu awak masih sayangkan saya. Kalau tak, kenapa awak tak benarkan orang duduk di sini?"
"Aku duduk sini sebab sini tempat aku tenangkan diri."
Jungkook merentap tangan miliknya agak terlepas daripada genggaman Irene. Renungan tajam dihalakan kepada gadis tersebut sebelum pergi.
'Saya tahu awak masih sayangkan saya dan samalah dengan saya. I still love you.' Bicara hati milik Irene.
-----
Kehadiran Irene tanpa khabar yang sekian lama menghilang benar-benar mengejutkan Jungkook. Kenapa dia harus muncul semula saat aku nak lupakan dia? Haishhh, hati, tolonglah! Aku tak nak dipermainkan lagi. Aku takkan buka peluang kedua untuk dia begitu juga dengan perempuan diluar sana. Lamunan Jungkook dikejutkan dengan seorang perempuan yang entah dari mana dia datang, menumpahkan air itu ke atas baju seragam yang tersarung pada tubuh Jungkook.
"Maaf. Haishhh, maafkan saya. Mianhae. Arghhh, careless betul la! Sorry."
Ngomel gadis yang tumpahkan secawan air pada Jungkook dengan mulut tidak henti memohon maaf.
"Tak pa, basah sikit ja."
"Mana ada sikit. Banyak ni! Okay, macam ni. Kamu bagi tahu kelas kamu, nombor loker. Saya tolong ambilkan baju lain. Okay?"
"Eh, tak pa. Biar ja. Nanti kering la!"
"Eh, lambat! Biar ja saya ambil erk?"
"Tak pa. By the way, tak pernah nampak pun kamu dekat sini."
"Oh, saya budak reunion."
Luas mata Jungkook mendengar.
"Omo! Senior la ni? Saya sepatutnya tunduk hormat. Maafkan saya sebab guna gelaran tak sepatutnya."
Lantas Jungkook tunduk hormat kepada gadis yang bergelar senior itu.
"Tak payah nak tunduk hormat la! Ni baju basah macam mana? Ish, biarlah noona pergi ambilkan erk?"
"Tak pa. Kejap lagi saya nak masuk kelas. Noona pergi la masuk hall reunion tu. Enjoy your party."
Sekali lagi dia tunduk hormat kepada perempuan itu dan berlalu pergi.
"Kau ni careless betul la, Seulgi." Ngomel gadis itu terhadap dirinya sendiri.
To be continued...
Subscribe to:
Comments (Atom)